Monday, September 1, 2008

Sahabat Semasa Mengajar Di SM Mahmud




Semasa perkahwinan Along pada 29 Mei 2004 ramai sahabat lama hadir memeriahkan majlis. Sudah tentu ramai sahabat-sahabat yang dah lama tak berjumpa mengambil kesempatan berkumpul bertanya khabar. Maklumlah dah lama tak berjumpa. Kami sempat bergambar di majlis itu.


Antara sahabat lama yang hadir ialah geng semasa mengajar di SM Mahmud, Raub. Masa tu ialah antara tahun 1982 hingga 1986. Saya baru berumur 30 tahun semasa ditukarkan ke SM Mahmud. Baru mempunyai 3 orang anak.


SM Mahmud merupakan antara sekolah tertua dan yang terkenal di Pahang. Kalau dapat mengajar di sekolah ini, kira bagus le. Seperti terpilih mengajar ke situ. Sebaik tamat mengikuti diploma Kaunseling di UKM selama setahun saya terus ditukarkan dari SM Panglima Garang Abdul Samad, Budu ke Mahmud.


Di sinilah berjumpa dengan guru-guru muda dan baru posting saperi Cikgu Bakar, Cikgu Johari (kami panggil Jo saja), Cikgu Zaini, Cikg Haron dan Cikgu Sazali.


Cikgu Bakar orang Trengganu lulusan UM posting pertama di SM Mahmud. Orangnya alim sikit, dan pandai main takraw. Main sebagai 'killer' dan ia merupakan 'killer' yang digeruni waktu itu. Guru sejarah ni kadang-kadang ajak kami main tenis juga. Oleh sebab permainan tenis tak diminati, cikgu Bakar terpaksa beralah. Reket tenisnya hanya jadi penghias dinding rumahnya.


Regu kami selain cikgu Bakar, saya sebagai tekong, cikugu Zaini jadi 'fedder'. Kadang-kadang dia lipat juga. Cikgu Zaini ni, bukan saja pandai main takraw tapi dia lebih terkenal sebagai pemain bolasepak pasukan PSKPP daerah Raub.


Kalau tak silap dialah penyerang utamanya bersama cikgu Misman dari Johor. Cikgu Zaini duduk serumah dengan cikgu Jo, cikgu Misman dan cikgu Haron di rumah sewa belakang paggung wayang, sebelah pasaraya.


Cikgu Sazali masuk ke SM Mahmud kemudian sedikit dari kami semua. Dia dari Perak mengajar sains kelas SPM. Ramai pelajar suka kat dia. Cikgu Zaini juga, ramai pelajar minat kat dia. Maklumlah cikgu-cikgu ni 'handsome' sikit. Tapi bagusnya, diaorang tak layan sangat pelajar-pelajar sekolah.


Cigu Jo, cikgu lukisan lulusan UITM ni, manis orangnya. Pendiam dan peramah. Ramai cigku minat kat dia. Cikgu Jo suka main semua 'game'. Takraw, tenis dan bolesepak semua dia nak main. Tapi hanya bolasepak je, dia pandai sikit. Yang lain tu kira ok le.


Cikgu Haron berasal dari Kelantan, kalau tak silap saya. Dia mengajar petang sama dengan cikgu Ali dan cikgu Halim. Ciku Haron ikut kami main takraw dan badminton. Cikgu Halim, guru KH memang handal main takraw. Dia main 'killer' juga.


Kalau tak silap, pada masa tu, kalau ada kejohanan PSKPP peringkat daerah, regu pertama SM Mahmud ialah Saya tekong, cikgu bakar 'killer' dan cikgu Sazali apit kanan. Regu kedua Cikgu Jo tekong, cigu Zaini 'killer' dan cikgu Halim apit kanan.


Kami pernah wakili PSKPP Raub ke pertandingan peringkat Negeri. Dalam pasukan tu, termasuk sama Cikgu Aziz (sekarang Pengarah JPN Pahang bergelar Dato). Dato Aziz merupakan 'fedder' terbaik pada masa tu. Memang, kalau dia angkat bola macam angkat dengan tangan. Dato Aziz pada masa tu dia GPK SM Sains Raub.


Memang seronok bila terkenangkan kisah tahun 80an di SM Mahmud. Saya selalu juga ke rumah mereka bila terluang. Sembang-sembang kosong, tolong masak mi hon dan makan bersama.


Sekarang ni Cikgu Zaini mengajar di Kedah. Dia pernah jadi jurulatih pasukan bolasepak MSSD dan Negeri Kedah. Dia kawin dengan orang Raub, mungkin dia selalu balik ke Raub.


Cigu JO, dengar serita dah jadi pengetua di SM di Kuala Trengganu. Cikgu Haron tak tau cerita. Kat mana sekarang? Dah putus hubungan. Cikgu Bakar jadi Pensyarah cemerlang di Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis. Cikgu Sazali dah bergelar doktor di IAB Jitra. Mungkin sekarang dah jadi Ketua Jabatan. Dia pun dah lama tak hubungi saya.


Cikgu Halim dah jadi GB dan masih di Raub. Cikgu Ali, pun tak tau dimana sekarang? Mungkin di Raub lagi.


Kalau dapat berjumpa lagi dengan mereka lagi baik.

Sunday, August 31, 2008

Gambar Lama


Gambar ini sungguh istimewa buat saya kerana aya di apit oleh 2 sahabat karib bernama Saharuddin. Sebelah kanan saya bernama Shahruddin Mokhri, berasal dari Selangor. Sekarang ini masih bertugas sebagai pengetua Maktab Tentera Sungai Besi. Manakala disebelah kiri saya seorang sahabat sekampung dan sama-sama belajar di SM Clifford Kuala Lipis. Namanya Saharuddin Ahmad. Sekarang bergelar Dato Dr Saharuddin Ahmad. Dato Dr Saharuddin, yang biasa saya panggil Saha aje, dah pun bersara dari UKM. Tapi dengar cerita, Dato Saha bertugas semula di UKM. Tahniah le.
Gambar tu diambil di perpustakaan UKM Lembah pantai, tempat kami sama-sama belajar. Lebih kurang tahun 1975. Kedua-duanya banyak membantu saya semasa belajar kat UKM tu. Kedua-duanya cerdik dan rajin. Jadi saya tumpang je le. Saya tak pasti siapa yang ambek gambar tu. Kalau tak silap Ramli. Biasanya kami berempat akan masuk perpustakaan bersama. Mungkin Ramli yang ambek gambar ni. Dah lama tak jumpa dia. Entah dimana? Dia juga sama belajar kat SMK Clifford. Gambar dia dah hilang dalam simpanan. Mungkin dia dah bersara, Dia kawin dengan orang Budu, Kuala Lipis.

Saturday, March 22, 2008

Selamat Bersara

Pada 08 november 2007 yang lalu adalah merupakan hari terakhir saya sebagai guru yang telah saya ceburi selama 31 tahun 6 bulan. Tempoh itu merupakan satu tempoh yang panjang tapi menyenangkangkan, menggembira. Berbagai peristiwa, pahit manis, suka duka, terpaksa dilalui sepanjang mencurahkan khidmat bakti samaada di bandar, luar bandar, felda dan pendalaman. Syukur alhamdullilah kerana dengan izin Allah swt selama tempoh itu dapat saya tempuhi tanpa banyak masalah. Melalui blog ini insyaallah saya cuba mencungkil kembali kisah-kisah silam sejak mula saya berkhidmat sehinggalah sya bersara. Mudah-mudahan ianya dapat memberi motivasi dan rendugan buat adik-adik dan anak yang baru menceburi bidang pendidikan.